Saturday 24 September 2011

tips kuruskan badan tanpa ubat....jadi amalan

zaman millenium  skrg, macam2 jenis penyakit wujud...tak kira tua muda..even kanak2 pn ada yg menghidap penyakit serius seperti sakit buah pinggang...sdey kn bila kte mendengarnya....mintak simpang jauh2 ye..semoga kte sume sihat. thats why kte kna pastikan lifestail kte sihat...dr segi pemakanan n cara hidup. jaga tubuh badan jangan la simpan lemak2 bahaya tu...nnt da gemuk, mcm2 penyakit dtg. tp yg ramai hadapi, bukan sje dr segi fizikal tp dr segi psikology....gemuk membuat kte less confident kn? rsa x cantik, x lawa, tak disenangi, tak disukai, kna buli....mcm2 la...

                                                x sanggupkan bila da smpi tahap cmni?

nk kurus? ada caranyer....cara yg sihat yup!


so kt cni aku nk share tips & info supaya bole sama2 kte amalkan. Tak perlu ambil ubat-ubatan syg...pe kata kte ubah cara harian kte kpd yg lebey sihat...kn?x rugi what!


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

 

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."
 

yee mee kung fu sedapp!


                                                       terliur tak tgk..yummm2

ada mcm2 versi resepi yee mee kung fu ni.... uoollss pn leh tukar2 yee mee/ mee kuning/ kuetiaw kerr..... tp klu aku lbey suke yee mee or kuetiaw sbb x la muak kn....my feberet nih taww...ok kt cni aku nk share resepi best ngan uolllsss.....aku dpt resepi ni dr rancangan deko2 idaman..hehehe...hope uolls mnjadi memasaknyerr

yee mee kung fu


bahan2


3-4 ulas bawang putih (mayam halus)
minyak bijan (menumis)
yee mee
sedikit udang
sedikit daging (dipotong kecil)
sedikit ayam (dipotong kecil)
2 kiub pati daging / ayam
air utk kuah
1 biji telor
tepung jagung (pekatkn kuah)
garam
perasa

bahan celur


sawi (ambil daun saje)
10 biji bebola ikan
5 tauhu cina (potong dadu)
minyak bijan

cara2 nyer:

  1. masak air dlm periuk dan campurkan sedikit minyak bijan utk celur sawi, bebola ikan n tauhu cina
  2. setelah layu angkat n toskan
  3. untuk kuah, panaskn minyak bijan ke dlm kuali
  4. tumis bawang putih sehingga kuning dan mskkn kiub pati daging/ayam
  5. masukkan daging n goreng hingga keluar air daging tu
  6. setelah separuh msk, msukkan udang n ayam...
  7. kemudian masukkan air utk kuah....biarkan mendidih
  8. masukkan garam n serbuk perasa
  9. pastikan daging/udang n ayam tadi da msk ye
  10. tlor tadi dipecahkan n dipukul dlm mangkuk n kemudian di masukkn dlm kuah....kacau rata....
  11. bancuh sedikit tepung jagung n msukkn ke dlm kuah
  12. setelah kuah pekat...tutup api
  13. bole dihidangkn panas2 dgn bhn2 celur tadi.....
goodluck yew utk membuatnyer....uollss pasti puas ati
cik abg pn mst balik rumah awal nk rasa yee mee kungfu ni.... (n_n)/" selamat mencuba.....

papai!!!

Monday 19 September 2011

petua menyemarakkan perkahwinan

melayari bahtera perkahwinan mcm2 dugaan menlanda....kte hanya manusia biasa n x terlepas dr melepaskan emosi terlampau spt marah, mengamuk, bertengkar......yang menjadi mangsa ialah anak2.....n kehidupan hari2 n perasaan syg tu makin hambar kan?oleh itu kte buang yg keruh ambil yg jernih....sama2 perbaiki segala kekurangan yew? kt cni aku nk kongsi tips2 dalam melayari dunia perkahwinan....mari kte sama2 muhasabah diri.....mari kte berkapel semula dgn suami kte....mari kite bercinta dgn suami kte...bercinta mcm berkenalan dulu...br hot! (n_n)....mari kte menjadi pasangan yg cantik luar dan dalam....


Untuk menyemarakkan perkahwinan anda suami dan isteri seharusnya mencuba petua-petua ini:-
  • Bisikan kasih sayang sekerap mungkin pada suami/isteri dengan perkataan "AKU SAYANG PADAMU (I LOVE YOU)" atau menggunakan kata-kata yang manja yang lain.


  • Sentuhan sayang pada setiap masa, seperti mencium pipi atau dahi sebelum meninggalkan rumah atau berpisah seketika.
  • Beri hadiah dan beri penghargaan pada hari-hari istimewa seperti hari lahir atau hari ulang tahun pertemuan, perkahwinan atau apa sahaja hari istimewanya atau hari istimewa bagi anda berdua.
  • Sentiasa memberi jelingan manja ketika berdua-duaan dan senyuman mesra ketika bersama keluarga.
  • Penuhi hari-hari anda berdua dengan gurauan dan kemesraan dengan si dia sehingga si dia merasakan dirinya benar-benar yang istimewa bagi anda.
  • Jujur dan ikhlas dalam apa jua yang dilakukan sama ada perkara yang anda suka atau sebaliknya.
  • Berbincang dan bekerjasama dalam apa jua yang dilakukan.
  • Terokai 99 titik geli isteri, seperti telinga, leher, dada, pinggang, paha dan lain-lain lagi. Seorang lelaki/suami haruslah mengetahui 99 titik ini.

  • Berbual mesra, berdua-duaan dan luahkan rasa tidak puas hati dengan penuh diplomasi. Jangan sehingga si dia merasakan teguran anda menghina dirinya.
  • Sajikan makanan dan minuman kegemarannya. Tunjukkan kemahiran anda memasak sehingga membuatkan dia tidak berselera untuk makan di luar.
  • Jadikan model untuk ikutan pasangan lain, sehingga si dia merasakan dirinya beruntung memiliki anda.
  • Nyanyikan lagu kegemarannya. Ciptakan puisi untuknya.
  • Bersamalah ke majlis keilmuan, sosial atau bersukan sambil berkenalan dengan kawan-kawannya. Tetapi haruslah menjaga imejnya dihadapan kawan-kawannya.
  • Berikan urutan jari-jemari sehingga 10 minit setiap hari, tanpa dipintanya untuk melakukannya.
  • Bertanyalah pada pasangan anda, perkara-perkara yang disukainya atau/dan perkara yang dibencinya/mendukacitakannya.
  • Bebaskan tempat tidur dari gelanggang pergaduhan.

  • Jangan berleter, tetapi cuba bersikap tenang. Sabar dalam satu-satu tindakan yang memeningkan kepala anda.
  • Selalulah bersembahyang berjemaah sekurang-kurangnya sekali sehari bersamanya.
  • Lakukan berbulan madu setiap tahun ke tempat yang menjadi kesukaan anda/si dia atau tempat yang pernah mencipta kenangan yang indah antara anda berdua.
  • Selalulah tanamkan dalam diri anda bahawa perkahwinan anda adalah untuk seumur hidup dan bukannya sehari dua.
  • Bentengkan perasaan cemburu dari mengetuk pintu hati anda/si dia. Jika timbul juga, cuba nyatakan/jelaskan padanya dengan baik.
  • Jangan abaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pasangan anda.
  • Senaraikan keharmonian, kehangatan setiap masa seperti hari pertama anda mengenali pasangan anda. Sesekali cerikan padanya supaya si dia turut mengingatinya bersama anda.
  • Bersyukurlah dengan apa yang anda perolehi dengan menunjukkan rasa penuh kepuasan. Jangan memperkecilkannya dan membandingkan pemberian si dia.
  • Sentiasa inginkan perubahan positif yang meliputi kehidupan seharian.
  • Jadikan keluarga anda seperti jutawan yang hebat. (Bukan sahaja di dunia malah di akhirat).
  • Usap dan kucup dahi pasangan anda sambil mengucapkan "TERIMA KASIH" setiap kali dia memberi sesuatu atau melayan anda dengan baik.
  • Tamatkan perbualan harian sebelum masuk tidur.
  • Adakan kesempatan memberi 'suprise' atau kelainan kepada pasangan anda.
  • Ghairahkan keseronokan seksual, adunkan dengan resepi dan kaedah yang digemarinya. Seorang isteri seharusnya tahu bentuk seks yang diingininya. Jangan biarkan fikirannya menerawang entah kemana. Contohnya kebimbangan terhadap mengandung. Tetaplah berbincang dengan suami apakah kaedah yang perlu digunakan.
  • Ghairahkan seks mental sepertimana ghairahkan biologikal.
  • Puji pasangan anda setiap kali sesuatu yang baik dihasilkan.
  • Bantulah pasangan melakukan kerja di rumah jika ada waktu kelapangan.
  • Tunjukkan sesuatu kebolehan dan kemahiran yang luar biasa anda kepada pasangan anda yang selama ini tidak disedarinya.
  • Jangan memperkecilkan pendapat dan perbuatannya. Sentiasalah mendengar idea-idea pasangan anda dengan teliti sebelum membuat keputusan.
  • Tunjukkan minat anda dengan penuh kesabaran dan cuba belajar menyukai apa yang pasangan anda sukai.
  • Berkomunikasilah secara yang berkesan, jelas dan jujur.
  • Jangan menghancurkan sesuatu kepercayaan yang diberikan si dia kepada anda.
  • Bermurahlah dengan kemaafan. Jangan sekali-kali berdendam atau membalas kesilapan yang dilakukannya. Anggaplah setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan.
  • Pimpin dan genggam tangan pasangan anda dengan erat walaupun di hadapan anak-anak atau ahli keluarga yang lain.





siakap stim ala thai...nyum2!!

haiii kembali uoollss!!! sempena cuti hari Malaysia ni, aku n hubby x blk kg mana2 pn coz die kje...n kami just g jenjalan jeww.....so aku pn wat masakan spesel cket sekali sekala....nak msk siakap stim ala thai,,,,

sbnrnyer x susah pn kn? makan kt kedai siam kan sdap glerr....so aku try la msk....hihihi x sangka hasilnyer BEST gler!!! bangga tuu dapat msk mcm kedai2 siam yg sedap tu.. resepi tu aku google je...dpt mcm2 versi siakap stim...aku br try 1 resepi je...ada lg stail masakan yg lain2.....


nampak pon mcm menyelerakan kn?hawhawhaw.. aa kt cni aku nk share resepi nyer dgn uollsss.. cuba la..kompem jadi...ekekkeke....

Ikan Kukus/Stim asam limau

1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak
2 biji tomato (dihiris dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
sedikit air
sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar

Cara-cara

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.



ok goodluck buat uolls....sekali skala...weekend msk menu best utk family tu besarrrr rahmatnyerrr..... (n_n)

Thursday 15 September 2011

belajar menjahit...

salam...haiii im back!!! fuuhh sejak raya da lama x update blog nih...rindu plak..ekekkeke.... bz sesangat kesana kemari....pastu broadband n x bayo lg...pyh cket nk on9...skali sekala folow hubby p office die leh la on9 jap..tu pn x dapek nk update blog nih....smpat cek email n fb..2 pn kejaapppppp le sesangt...

kepada uollsss, aku ni nk blajar menjahit la..ingt leh la stat bsnes on9 buat tudung sume....maklumla dduk menganga kt rmh xde wat pe kn. atleast wat something yg leh ilangkan borink n menjana pndapatan lbey..saper x nak kn? minat da ada....green light dr hubby pn da dpt (wlupn jenuh nk yakinkan die)....idea pn da ada...aku siap sketch lg design2 yg aku nk buat...kellasss tak uollss???? muahhahaha!!!!

                                              aaa tudung2 cmni la contohnyerr....kn cantik tuuu




                                                    klu da bole jahit sndiri nnti, sng xpyh beli daa...


                                     shawl pn leh wat sndirik...design sndiri...kte je yg ada design ni..
                                                               org len xde...i loikee...!!!


                                                                    nice kn? love it!!!!

aku ni area tangkak, macam xde option lbey la kelas mnjahit ni...skrg dlm tempoh survey lg...nak yg kelas ok dr segi kualiti, kos n course yg ditawarkn...ceewwaaahhhh!! da mcm nk sambg blajo kt U lak...sbut psl course ni kn? hihihihi...uishhhh kte klu nk bjaya, mst 1st step dptkn ilmu dlu kn? xkn main redahhh ajerr? x bijak tuuuuut..btol x uolllsss???? klu uolls ada info kursus jahitan yg xjauh dr tgkak, kos brbaloi2....gtaw la kte kt cni yup....thanks n lap u..muahh3....

i love fesyen especially for muslim lady....  (n_n)