Monday 19 September 2011

siakap stim ala thai...nyum2!!

haiii kembali uoollss!!! sempena cuti hari Malaysia ni, aku n hubby x blk kg mana2 pn coz die kje...n kami just g jenjalan jeww.....so aku pn wat masakan spesel cket sekali sekala....nak msk siakap stim ala thai,,,,

sbnrnyer x susah pn kn? makan kt kedai siam kan sdap glerr....so aku try la msk....hihihi x sangka hasilnyer BEST gler!!! bangga tuu dapat msk mcm kedai2 siam yg sedap tu.. resepi tu aku google je...dpt mcm2 versi siakap stim...aku br try 1 resepi je...ada lg stail masakan yg lain2.....


nampak pon mcm menyelerakan kn?hawhawhaw.. aa kt cni aku nk share resepi nyer dgn uollsss.. cuba la..kompem jadi...ekekkeke....

Ikan Kukus/Stim asam limau

1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak
2 biji tomato (dihiris dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
sedikit air
sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar

Cara-cara

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.



ok goodluck buat uolls....sekali skala...weekend msk menu best utk family tu besarrrr rahmatnyerrr..... (n_n)

3 comments:

  1. Salam, che nad yang cun.... Apsal gambar dan resepi sama dengan http://www.potretkasih.com/tag/siakap-kukus-ala-thai/ gambar che nad sendiri tertera POTRET KASIH.....konpius...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. salam...
    mungkin saudari baru dalam berblogging.... dan tak berapa faham tentang etika berblogging... menggunakan gambar untuk di publish semula memerlukan syarat iaitu dgn meletakkan link dimana sumber gambar diambil serta memohon keizinan dari owner.

    saya harap saudari dapat menukar gambar tersebut dgn gambar saudari sendiri.... atau meletakkan link kebelog saya dgn memberitahu bahawa gambar tersebut adalah dipinjam dari blog saya...serta meminta izin dgn saya...

    Saya bukan utk membesar2kan perkara ini... dan saya juga tak kedekut jika sesiapa nak menggunakan gambar saya dengan syarat meminta izin dari saya, meletakkan link ke blog saya serta jangan sesekali membuang watermark pada gambar... itu syaratnya...

    Harap saudari elert dgn perkara ni... dan jgn memandang remeh perkara ni... juga jgn lakukan lagi pada blog2 yg lain sebab ownernya juga akan marah dan mengambil tindakan... saya masih brlembut kerana mungkin saudari tak tahu atau tak memahami dunia blogger...

    kak wana..
    http://www.potretkasih.com

    ReplyDelete